Assalammualaikum dan Selamat Petang !
Tips Untuk Lebih Jimatkan Perbelanjaan Petrol Kereta
Tahukah anda sebagai pengguna kereta yang digerakkan dengan bantuan minyak petrol, kita sebenarnya boleh banyak berjimat dari segi perbelanjaan minyak petrol ini. Ingin tahu lebih lanjut?? Jom baca 5 tips untuk lebih jimatkan perbelanjaan petrol kereta berikut:
1. Isi petrol ketika kereta anda dalam keadaan suhu sejuk
Mengapa? Secara teknikalnya lebih banyak petrol dapat dimampatkan sekiranya anda mengisi petrol di pagi hari yang sejuk berbanding waktu tengahari Pada waktu begini, petrol adalah lebih padat kerana hanya jumlah isipadu bahan bakar yag akan diukur bukan ketumpatannya.
2. Pastikan tekanan tayar kereta berada pada tekanan yang sesuai
Keadaan tayar yang kurang angin akan memberi kesan kepada pengurangan kecekapan bahan bakar. Seterusnya akan memberi kesan penggunaan petrol yang lebih dari biasa. Jadi sentiasa pastikan tekanan tayar dalam keadaan baik bagi menjimatkan perbelanjaan petrol anda.
3. Pandu dengan had laju optima secara konsisten
Anda digalakkan memadu dengan kelajuan optima 90-100 km/jam. Hal ini kerana, kenderaan yang dipandu pada kelajuan 110km/jam akan menggunakan 20% lebih petrol. Pemanduan juga perlulah secara konsisten, sekiranya tidak, ia masih tidak efektif.
4. Kurangkan bebanan pada kereta anda.
Bagi menambah kecekapan bahan bakar serta mengoptimumkan perbelanjaan petrol anda, elak dari menjadikan ruangan 'boot' kereta sebagai tempat menyimpan barang. Lebih terbeban kereta anda maka akan semakin berkurang aerodinamik kereta tersebut.
5. Elak dari membiarkan kereta anda dalam keadaan idle
Kereta dalam keadaam idle akan menyebabkan pengunaan petrol yang banyak . Jadi, tips untuk anda, memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan tidak perlu lebih dari 30 saat kerana ia tidak membantu apa-apa malahan membuang masa anda serta petrol kenderaan anda.
Itu dia 5 tips untuk lebih jimat perbelanjaan petrol kereta dari kami Kereta Sewa Puchong Utama.
Semoga bermanfaat.
( Sumber: PanduanPercuma.Info )
***
Kereta Sewa Puchong Utama
019-748 5252
www.klezcar.com | 1300-88-4040 [24 jam]
No comments:
Post a Comment