Tuesday 18 April 2017

Cara Semak Harga Kereta Sewa

Assalamualaikum...

Selalu juga pihak Klezcar Kereta Sewa Puchong Utama terima soalan sebegini:
  MPV ni sehari berapa ye?
  Myvi kalau sewa seminggu berapa rate?
  Sewa setengah hari boleh? Berapa harga?
dan macam-macam lagi....

Kami pastinya sedaya upaya menjawab pertanyaan pelanggan kami. Tapi adakalanya anda kena bersabar, kadang-kadang tu ada perkara lain yang perlu kami utamakan dan selesaikan terlebih dahulu. TAPI.. ada satu cara untuk tidak membuat anda menunggu lama lagi. 

Ingin tahu bagaimana??? Website kami ada fungsi khas untuk pelanggan-pelanggan yang ingin menyewa dan ingin tahu lebih lanjut berkenaan rate sewaan. Jadi, jom klik http://klezcar.com/reservations.php supaya anda dapat terus jawapan-jawapan kepada soalan-soalan di awal tadi. Mudah kan? Tak sampai seminit pun dah boleh dapat jawapan. 

So, tunggu apa lagi? Semak & tempah sekarang ! Kenderaan terhad terutama musim cuti sekolah atau cuti-cuti umum. Nanti berebut pula~ 


***
Kereta Sewa Puchong Utama
019-7485252

Tempahan | www.klezcar.com | 1300-88-4040

Monday 10 April 2017

Aktiviti Futsal Team Klezcar Selangor di KSL, Puchong

Assalamualaikum semua..




Pada minggu lalu,team Futsal Klezcar Selangor telah mengadakan aktiviti bermain futsal di Pusat Sukan KSL, Puchong. Orang-orang Puchong mesti pernah dengar KSL kan? Ada lagi ke yang tak tahu? Baiklah, meh nak habaq.. Pusat Sukan KSL ini terletak berhampiran jugalah dengan ofis kereta sewa kami iaitu Klezcar cawangan Puchong Utama. Macam-macam boleh dilakukan di sini, main badminton, futsal dan lain-lain lagi.

Lokasi Maps KSL : https://goo.gl/maps/bWRxmj1eGJ22
Lokasi Maps Klezcar Puchong Utama: https://goo.gl/maps/FmfsmHBQ3AP2


Aktiviti ini telah bermula pada jam 11 malam dan tamat pada jam 1 pagi. Melalui aktiviti riadah yang dilakukan ini, dapat juga staf-staf Klezcar mengeluarkan peluh mereka hasil dari bersukan setelah seharian menjalankan tanggungjawab dengan bekerja. Barulah hidup akan lebih sihat betul tak? 

Diharapkan lebih banyak lagi aktiviti dapat dijalankan selepas ini dan kami juga berharap untuk berpeluang bersama-sama dengan lebih ramai pihak bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita. InshaaAllah..


***


Kereta Sewa Puchong Utama
013-748 5252


Tempahan | www.klezcar.com
Pertanyaan | 1300-88-4040 (24 jam) 





Monday 3 April 2017

5 Panduan Menggunakan Kereta Yang Disewa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dalam hidup ini pastinya ada risiko tidak kiralah apa jua sekalipun yang kita lakukan. Begitu juga bagi pengusaha kereta sewa seperti kami adakalanya kereta untuk disewakan mengalami kerosakan, terlibat dalam kemalangan, dicuri dan lain-lain dan ia boleh menyebabkan 'income' kami terjejas tapi itulah risiko yang harus kami hadapi. Mungkin ada penyewa baru yang belum tahu bahawa seandainya terjadi hal-hal sepeti di atas, termasuk juga kes saman semua itu adalah menjadi tanggungan sepenuhnya penyewa yang menyewa pada ketika itu. Di sini kami senaraikan juga 5 panduan apabila anda menggunakan kereta sewa.


5 Panduan Menggunakan Kereta Yang Disewa


1) A
nggap seperti kereta sendiri:
Sebagai penyewa anggaplah kenderaan yang anda sewa itu sebagai kenderaan anda sendiri. Jagalah ia sehingga tidak terbit satu calar pun.

2) Pulangkan kereta mengikut masa yang ditetapkan:
Pulangkan kenderaan anda mengikut perjanjian sewaan yang anda buat. Kami di Klezcar menggunakan method tempahan bersistem. Sekiranya anda lewat pulangkan kenderaan, anda akan dicas mengikut jam. Kelewatan itu juga mungkin akan menganggu jadual penyewa seterusnya. Jadi, cuba tanam sikap bertimbang rasa dan beritahu kami secepat mungkin jika anda memerlukan lanjutan tempoh sewaan.

3) Hak anda sebagai penyewa:
Ketika anda menerima kenderaan, penting untuk anda menyemak keadaan keseluruhan kenderaan yang bakal anda sewa itu. Anda berhak untuk meminta kenderaan ditukar sekiranya anda tidak yakin dengan kenderaan yang bakal disewa (jika ada kenderaan lain). Klezcar mempunyai keunikan di mana anda layak menerima jaminan pulangan wang sekiranya kereta dalam keadaan kotor dan tidak wangi serta tidak well-balanced. 

4) Baki minyak semasa ambil & pulang: 
Pastikan baki minyak petrol semasa anda pulangkan kereta tersebut adalah sama dengan semasa anda menerimanya. Hal ini bagi memastikan kereta itu sekurang-kurangnya dapat pergi ke stesen minyak terdekat. Jangan lah sampai anda pulangkan kereta yang minyak petrolnya hanya pada paras merah.

5) Saman dan kesalahan trafik:
Sentiasalah patuhi had laju yang ditetapkan dan cuba elakkan dari disaman. Seandainya anda terlibat dalam apa-apa kesalahan, tidak mustahil untuk butiran diri anda di senarai dalam 'blacklist' penyewa. Jadi anda mungkin tidak akan dapat lagi menyewa dengan mana-mana pengusaha kereta sewa pun.

Terima Kasih, itu sahaja yang sempat kami kongsikan untuk kali ini. Selamat Menyewa ~


Kereta Sewa Puchong Utama
019-748 5252
Tempahan | www.klezcar.com
Hotline (24 jam) | 1300-88-4040