Tuesday 21 March 2017

5 Tips Penjagaan Cermin Hadapan Kereta


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setiap kali membaca tentang tips pemanduan waktu hujan, tips pemanduan selamat dan tips pemanduan waktu malam, mesti ada disentuh tentang keadaan cermin hadapan iaitu mestilah dalam keadaan yang baik. Tidak dapat dinafikan penjagaan cermin amat penting kerana cermin yang bersih bukan hanya akan membuat kereta anda kelihatan cantik tetapi memberi pemanduan yang lebih selamat apabila pandangan anda menjadi lebih jelas.

Ingin tahu tips penjagaan cermin hadapan kereta? Jom baca selanjutnya..

5 Tips Penjagaan Cermin Hadapan Kereta

Letakkan kenderaan anda di tempat yang teduh. Elakkan meletak kenderaan di bawah matahari terutama untuk jangkamasa yang lama. Dengan keadaan suhu yang tinggi, ia boleh memendekkan jangka hayat cermin. Lapisan pelindung cermin akan mudah rosak dan sekiranya terdapat mana-mana keretakan, ia akan merebak. 

Bersihkan cermin dan pengilap cermin (wiper) dari pasir-pasir halus. Kebanyakan cermin menjadi calar disebabkan terdapatnya partikel-partikel berikut pada cermin. Kemudian, anda pula hidupkan pengilap cermin dan ia menyeret pasir-pasir halus tersebut. Rajinkan diri untuk membersihkannya bagi memelihara permukaan cermin kenderaan anda. 

Ada juga situasi di mana pasir dan batu-batu kecil dari lori terkena pada cermin kereta anda lalu menyebabkan ia retak. Cermin yang retak mestilah diperbaiki dengan segera. Jangan dibiarkan lama kerana ia boleh membawa kesan bahaya sekiranya tidak mampu melawan tekanan angin. Cermin boleh pecah pada waktu yang tidak dijangka. 

Elakkan meletak kenderaan anda berdekatan kedai makan kerana minyak-minyak akan mudah melekat pada cermin kereta anda. Cermin akan menjadi cepat kotor dan sukar untuk dibersihkan.

Akhir sekali, apabila mencuci cermin kereta elakkan penggunaan produk yang mengandungi Ammonia. Kandungan Ammonia pada cecair pencuci cermin ini sangat bahaya jika terhidu dan boleh memberi kesan kepada kerosakkan Tint.

Sumber : Facebook
*****

 
Kereta Sewa Untuk Anda

Cawangan : Puchong Utama
Whatsapp/SMS : 019-7485252
Tempahan online : www.klezcar.com

Hubungi : 1300-88-4040 (24 Jam)