Monday, 29 May 2017

Ketahui Teknik 'Side Parking' Yang Sebenar


Assalamualaikum dan Selamat Pagi !

Ketahui Teknik 'Side Parking' Yang Sebenar




Masih tidak cekap melakukan 'side parking’? Jika bukan anda orangnya, mungkin anda pernah lihat keadaan seperti ini di mana pemandu mengambil masa yang sangat lama dan telah menyebabkan banyak kereta terpaksa menunggunya sebelum berjaya meletakkkan kereta dengan keadaan yang sempurna ke dalam petak letak kereta. Nak tahu tak teknik 'side parking' yang sebenarnya? Jom..terus baca ya.


Teknik : masukkan kereta anda secara mengundur.


Jikalau anda masih ingat ketika ambil lesen dulu pun kita sebenarnya telah diajar tentang langkah-langkah masuk side parking ni kan.. Siapa masih ingat langkah-langkah tersebut? Okay, teknik mudah untuk parking dengan cepat dan tidak membuat kereta lain tunggu lama di belakang anda adalah masukkan kereta anda secara mengundur ketika meletakkan kereta di tempat letak kereta sejajar atau lebih dikenali sebagai 'side parking'. Apa bezanya masuk parking secara normal dan gostan ini? Haa... ada bezanya! 


Secara umumnya, kawalan sesebuah kereta itu adalah pada tayar hadapan dan tayar belakang hanya boleh bergerak lurus sahaja. Stereng dan tayar hadapan merupakan elemen pandu arah yang menentukan gerakan serta arah tuju sesebuah kereta itu. Jadi, kita sebenarnya boleh kawal bahagian depan kereta kita setelah kita berjaya meletakkan kedudukan tayar belakang dengan tepat ke dalam petak parking. Sebab tu penting untuk masukkan kereta secara gostan dan masukkan tayar belakang kereta terlebih dahulu.

Hal ini berbeza jika anda memasukkan tayar hadapan dahulu, kerana tugas tayar belakang hanya untuk mengikut arah tayar depan. Ia tidak dapat dikawal dan ia hanya mengikut. Keadaan ini sebenarnya mungkin memerlukan sekurang-kurangnya dua petak parking untuk membolehkan tayar belakang anda berada di dalam petak parking dengan betul.

Kesimpulannya, selepas ni sekiranya anda ingin membuat 'side parking', ingatlah bahawa anda haruslah memasukkan tayar belakang terlebih dahulu, diikuti dengan tayar hadapan. 


Sumber : Kenapa-perlu-undur-kereta-kalau-nak-masuk-side-parking






Kereta Sewa Puchong Utama

Hubungi : 019-748 5252
Tempahan: www.klezcar.com  | 1300-88-4040 (24 jam) 










Monday, 15 May 2017

Semak & Tebus Klezpoint Anda Sekarang!


Assalamualaikum.. Selamat Petang.. !

Semak & Tebus Klezpoint Anda Sekarang


Pernahkah anda menyewa dengan Klezcar? 
Jom semak jumlah Klezpoint anda di link ini sekarang ! 





Anda layak menebus point terkumpul anda untuk sewaan Myvi 1.3 (A) ~ 1 hari jika point terkumpul anda mencecah 650 point. Hanya perlu tambah RM 65.
.
atau bagi point terkumpul sebanyak 400 point. Hanya perlu tambah RM 90 sahaja. Jimat kan?

.
.
Jangan lepaskan peluang untuk menyewa dengan Klezcar- Kereta Sewa Puchong Utama ! Jimat Sangat!!!!




Tempah Sekarang di www.klezcar.com

atau hubungi 019-7485252 ** 019-7485252 ** 019-7485252

Sebarang pertanyaan lanjut hubungi Hotline Klezcar 1 300-88-4040 (24 jam)



Monday, 8 May 2017

5 Tips Untuk Lebih Jimatkan Perbelanjaan Petrol Kereta

Assalammualaikum dan Selamat Petang !

Tips Untuk Lebih Jimatkan Perbelanjaan Petrol Kereta


Tahukah anda sebagai pengguna kereta yang digerakkan dengan bantuan minyak petrol, kita sebenarnya boleh banyak berjimat dari segi perbelanjaan minyak petrol ini. Ingin tahu lebih lanjut?? Jom baca 5 tips untuk lebih jimatkan perbelanjaan petrol kereta berikut:

1. Isi petrol ketika kereta anda dalam keadaan suhu sejuk 
Mengapa? Secara teknikalnya lebih banyak petrol dapat dimampatkan sekiranya anda mengisi petrol di pagi hari yang sejuk berbanding waktu tengahari  Pada waktu begini, petrol adalah lebih padat kerana hanya jumlah isipadu bahan bakar yag akan diukur bukan ketumpatannya.
2. Pastikan tekanan tayar kereta berada pada tekanan yang sesuai 
Keadaan tayar yang kurang angin akan memberi kesan kepada pengurangan kecekapan bahan bakar. Seterusnya akan memberi kesan penggunaan petrol yang lebih dari biasa. Jadi sentiasa pastikan tekanan tayar dalam keadaan baik bagi menjimatkan perbelanjaan petrol anda.
3. Pandu dengan had laju optima secara konsisten
Anda digalakkan memadu dengan kelajuan optima 90-100 km/jam. Hal ini kerana, kenderaan yang dipandu pada kelajuan 110km/jam akan menggunakan 20% lebih petrol. Pemanduan juga perlulah secara konsisten, sekiranya tidak, ia masih tidak efektif.
4. Kurangkan bebanan pada kereta anda
Bagi menambah kecekapan bahan bakar serta mengoptimumkan perbelanjaan petrol anda, elak dari menjadikan ruangan 'boot' kereta sebagai tempat menyimpan barang. Lebih terbeban kereta anda maka akan semakin berkurang aerodinamik kereta tersebut. 
5. Elak dari membiarkan kereta anda dalam keadaan idle 
Kereta dalam keadaam idle akan menyebabkan pengunaan petrol yang banyak . Jadi, tips untuk anda, memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan tidak perlu lebih dari 30 saat kerana ia tidak membantu apa-apa malahan membuang masa anda serta petrol kenderaan anda.

Itu dia 5 tips untuk lebih jimat perbelanjaan petrol kereta dari kami Kereta Sewa Puchong Utama. 
Semoga bermanfaat.

( Sumber: PanduanPercuma.Info )

***

Kereta Sewa Puchong Utama
019-748 5252
www.klezcar.com |  1300-88-4040 [24 jam]