Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dalam hidup ini pastinya ada risiko tidak kiralah apa jua sekalipun yang kita lakukan. Begitu juga bagi pengusaha kereta sewa seperti kami adakalanya kereta untuk disewakan mengalami kerosakan, terlibat dalam kemalangan, dicuri dan lain-lain dan ia boleh menyebabkan 'income' kami terjejas tapi itulah risiko yang harus kami hadapi. Mungkin ada penyewa baru yang belum tahu bahawa seandainya terjadi hal-hal sepeti di atas, termasuk juga kes saman semua itu adalah menjadi tanggungan sepenuhnya penyewa yang menyewa pada ketika itu. Di sini kami senaraikan juga 5 panduan apabila anda menggunakan kereta sewa.
5 Panduan Menggunakan Kereta Yang Disewa
1) Anggap seperti kereta sendiri:
Sebagai penyewa anggaplah kenderaan yang anda sewa itu sebagai kenderaan anda sendiri. Jagalah ia sehingga tidak terbit satu calar pun.
2) Pulangkan kereta mengikut masa yang ditetapkan:
Pulangkan kenderaan anda mengikut perjanjian sewaan yang anda buat. Kami di Klezcar menggunakan method tempahan bersistem. Sekiranya anda lewat pulangkan kenderaan, anda akan dicas mengikut jam. Kelewatan itu juga mungkin akan menganggu jadual penyewa seterusnya. Jadi, cuba tanam sikap bertimbang rasa dan beritahu kami secepat mungkin jika anda memerlukan lanjutan tempoh sewaan.
3) Hak anda sebagai penyewa:
Ketika anda menerima kenderaan, penting untuk anda menyemak keadaan keseluruhan kenderaan yang bakal anda sewa itu. Anda berhak untuk meminta kenderaan ditukar sekiranya anda tidak yakin dengan kenderaan yang bakal disewa (jika ada kenderaan lain). Klezcar mempunyai keunikan di mana anda layak menerima jaminan pulangan wang sekiranya kereta dalam keadaan kotor dan tidak wangi serta tidak well-balanced.
4) Baki minyak semasa ambil & pulang:
Pastikan baki minyak petrol semasa anda pulangkan kereta tersebut adalah sama dengan semasa anda menerimanya. Hal ini bagi memastikan kereta itu sekurang-kurangnya dapat pergi ke stesen minyak terdekat. Jangan lah sampai anda pulangkan kereta yang minyak petrolnya hanya pada paras merah.
5) Saman dan kesalahan trafik:
Sentiasalah patuhi had laju yang ditetapkan dan cuba elakkan dari disaman. Seandainya anda terlibat dalam apa-apa kesalahan, tidak mustahil untuk butiran diri anda di senarai dalam 'blacklist' penyewa. Jadi anda mungkin tidak akan dapat lagi menyewa dengan mana-mana pengusaha kereta sewa pun.
Terima Kasih, itu sahaja yang sempat kami kongsikan untuk kali ini. Selamat Menyewa ~
Kereta Sewa Puchong Utama
019-748 5252
Tempahan | www.klezcar.com
Hotline (24 jam) | 1300-88-4040