Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Setiap kali membaca tentang tips pemanduan
waktu hujan, tips pemanduan selamat dan tips pemanduan waktu malam, mesti ada
disentuh tentang keadaan cermin hadapan iaitu mestilah dalam keadaan yang baik.
Tidak dapat dinafikan penjagaan cermin amat penting kerana cermin yang
bersih bukan hanya akan membuat kereta anda kelihatan cantik
tetapi memberi pemanduan yang lebih selamat apabila pandangan anda menjadi
lebih jelas.
Ingin tahu tips penjagaan cermin hadapan kereta? Jom
baca selanjutnya..
5 Tips Penjagaan Cermin Hadapan Kereta
Letakkan kenderaan anda di tempat yang teduh.
Elakkan meletak kenderaan di bawah matahari terutama untuk jangkamasa yang
lama. Dengan keadaan suhu yang tinggi, ia boleh memendekkan jangka
hayat cermin. Lapisan pelindung cermin
akan mudah rosak dan sekiranya terdapat mana-mana keretakan, ia akan
merebak.
Bersihkan cermin dan pengilap cermin
(wiper) dari pasir-pasir halus. Kebanyakan cermin menjadi
calar disebabkan terdapatnya partikel-partikel berikut pada cermin. Kemudian,
anda pula hidupkan pengilap cermin dan ia menyeret pasir-pasir halus tersebut.
Rajinkan diri untuk membersihkannya bagi memelihara permukaan cermin kenderaan
anda.
Ada juga situasi di mana pasir dan
batu-batu kecil dari lori terkena pada cermin kereta anda lalu menyebabkan ia
retak. Cermin yang retak mestilah diperbaiki dengan
segera. Jangan dibiarkan lama kerana ia boleh membawa kesan bahaya sekiranya
tidak mampu melawan tekanan angin. Cermin boleh pecah pada waktu yang tidak
dijangka.
Elakkan meletak kenderaan anda berdekatan kedai
makan kerana minyak-minyak akan mudah melekat pada cermin kereta anda. Cermin
akan menjadi cepat kotor dan sukar untuk dibersihkan.
Akhir sekali, apabila mencuci cermin kereta elakkan
penggunaan produk yang mengandungi Ammonia. Kandungan Ammonia pada cecair
pencuci cermin ini sangat bahaya jika terhidu dan boleh memberi kesan kepada
kerosakkan Tint.
Sumber
: Facebook
*****
Kereta Sewa Untuk Anda
Cawangan : Puchong Utama
Whatsapp/SMS : 019-7485252
Tempahan online : www.klezcar.com
Hubungi : 1300-88-4040 (24 Jam)